Sewaktu kau melangkah Meninggalkan diriku Sebaknya rasa di dalam dadaku Menahan titis air mata
Ingin aku berpesan Kepadamu kekasih Sekiranya engkau merinduiku Hubungilah aku di sini
Jika ada kesilapanku Maafkanlah diriku oh sayang Dan izinkan aku bertanya Mengapa kau berubah hati
Kiranya kau ada penggantiku Tetapi hidupmu tak bahagia Relaku memaafkanmu Dan menerimamu sayang
Walaupun hatiku kau lukai Namunku masih menyayangi Kerana sehingga waktu ini Cintaku masih untukmu
Oh sayang di mana kau berada Janganlah kau lupakan aku Ingatlah aku walau sesaat Seorang insan yang terluka |