Tidak terdaya bagiku Hendak memetik cintamu Bimbang nanti tidak kesampaian
Kau bagai hujan yang datang Menyiram musim kemarau Indah mu tiada bandingan Sedang aku cuma dagang yang merantau
Terlalu banyak pengorbanan darimu Susah senang ku kau mengambil tahu Sehinggakan ku rasa terharu Bila mengenangkan budi dan jasa mu Aku tahu siapa diriku Bagaikan musafir yang menumpang lalu
Aduhai sayang sungguh tidak ku menduga Engkau datang membawa bahagia Entah apakah gerangan di jiwa Hendak ku tinggal tiada berdaya
Kerana budi aku jatuh hati Aku tak mengerti ianya terjadi Kerana budi aku jatuh hati Kepada mu kini cinta bersemi
|